Wednesday, 29 January 2014

Pelajar Malaysia Cedera Ditikam 14 Kali Di Nottingham !!

Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera
 ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, 
United Kingdom semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat

 Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton 
perlawanan bola sepak. 

Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah 

dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil
 telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya. 

"Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan,

 kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa
 tempat di badan. 

Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat 

kerana pergerakan terhad," ujarnya.

No comments:

Post a Comment